Breaking News

Resepi kek Lemon & Strawberry Battenberg

RESEPI KEK LEMON & STRAWBERRY BATTENBERG
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LEMON & STRAWBERRY BATTENBERG

  • 200g butter – suhu bilik
  • 200g gula caster
  • 200g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 biji telur – suhu bilik
  • 1 1/2 sudu kecil lemon paste atau lemon emulco
  • 1 1/2 sudu kecil strawberry paste atau strawberry emulco
  • cream cheese secukupnya (dipukul hingga lembut) atau jam sebagai bahan pelekat

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MARSHMALLOW FONDANT

  • 30ml air (2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 225g marshmallow putih
  • 450g gula icing (ketepikan secawan untuk proses menguli)
  • 1/4 cawan butter untuk menguli
  • pewarna jika suka

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK LEMON & STRAWBERRY BATTENBERG

  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter & gula hingga kembang.
  3. Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil pukul jgn sampai adunan bergentel.
  4. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan lemon paste & yg sebahagian lagi dicampurkan dengan strawberry paste. Gaul rata.
  6. Masuk kan adunan kedalam acuan pembakar & bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 30 – 35 minit.
  7. Setelah cake masak, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum teruskan kerja kerja seterusnya.
  8. Sementara tunggu cake sejuk, kita buat fondant
  9. Cairkan marshmallow (cara double boiling atau sekiranya ada microwave, panaskan marshmallow pada suhu tinggi antara 30 saat hingga seminit. Jgn leka nanti marshmallow hangus.
  10. Setelah cair, masuk kan air & vanila esen. Kacau rata.
  11. Masuk kan gula icing setengah dahulu, gaul rata. Kemudian masuk kan lagi setengah & gaul rata. Adunan agak liat.
  12. Minyak kan tangan dengan butter. Uli dough marshmallow hingga lembut. Sambil menguli, taburkan gula icing yg 1 cawan tadi (1 cawan yg telah diketepikan tadi)
  13. Bubuh pewarna jika suka. Uli hingga dough tak melekit lagi (lebih kurang 5-10 minit).
  14. Roll fondant hingga tipis, sesuai untuk digunakan untuk salut cake.
  15. Balik kepada cake, trim cake sehingga bentuk segi 4 panjang (rectangle). Setiap jenis cake mesti ada 2 rectangle.
  16. Sapukan cream cheese atau jam keatas 1 permukaan cake & cantumkan kepada cake yg berlainan warna (pattern dam)
  17. Letak kan cake keatas fondant. Sapukan cream cheese keatas fondant (macam glue).
  18. Angkat fondant & perlahan-lahan lilitkan cake. Trim & buang lebihan fondant (kemaskan cake)

NOTA :

  • ** Nampak leceh & rumit tapi sebenarnya tak berapa sukar. kalau tak cuba, kita tak tau kan
  • ** Saya guna lebihan chocolate icing yg saya ada sebagai bahan pelekat (tu yg rupa dia coklat dot, dot tu )
  • ** Selamat mencuba

 
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.4 ( 2 votes)