Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Japanese Fluffy Pancake
    • Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar
    • 5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.
    • Resepi Kuih Biskut Pasir
    • Kek Butter Marble Rose Gebu
    • Resepi Kek Coklat Lava
    • Resepi Cheese Tart Buncit
    • Kek Leleh Berhantu Super Moist
    BukuResepi.com
    • Utama
    • Resepi
      • Resepi Acuan Biru
      • Resepi Kuih Muih Tradisi
      • Resepi Nasi
      • Resepi Biskut
      • Resepi Kek
      • Resepi Puding
      • Resepi Western
      • Resepi Lauk Pauk
      • Resepi Mee
      • Resepi Roti
      • Resepi Aiskrim
      • Resepi Minuman
      • Resepi Indonesia
    • Tips & Info
    • Hantar Resepi
    • Hubungi
    • Shop
    BukuResepi.com
    You are at:Home»Resepi Kek»Kek Butter Marble Rose Gebu

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    0
    By Buku Resepi on Nov 1, 2017 Resepi Kek

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Kadang-kadang bila datang keinginan nak buat resepi kek butter ni , cari je di laman web BukuResepi sebab semuanya lengkap di laman web ni dengan resepi , penerangan jelas beserta tips tambahan. Itu yang rata-rata kawan-kawan saya suka rujuk di sini.

    Termasuklah anda kan? Kali ni saya nak tunjukkan resepi kek butter cawan yang mudah dan gebu untuk anda buat sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

    Tambah pula resepi kek ni berasaskan sukatan cawan, Memang lagi lajulah nak cuba buat sebab tak perlu sukat gram kan untuk masa cepat. Mesti anda semua pun macam saya kan? Kalau macam tu, anda semua pun kena cuba resepi kek butter mudah ni.

    Kek ni sangat wangi dengan bau rosenya. Lembut, lemak dan sungguh enak. Untuk yang sukakan Step By Step Resepi Kek Mentega Kukus Yang Awesome Gebu , boleh cuba ya .

    Bahan-bahan resepi kek butter moist :

    • 300 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
    • 1 cawan gula halus
    • 1 sudu besar ovalette
    • 5 biji telur gred A
    • 80 ml (5 sudu besar) susu cair
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • Pewarna pink
    • ½ sudu kecil esen rose

    Cara-cara membuat resepi kek butter gebu ni :

    1. Pukul gula bersama mentega dan ovalette hingga kembang dan putih. Kemudian, masukkan telur satu per satu diselang seli dengan pukul hingga habis. Setelah itu, masukkan pula susu cair. Pukul lagi hingga adunan sebati dan sekata.
    2. Ambil bekas lain, ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Selepas itu, perlahankan mixer kita dan masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega kita hingga habis. Teruskan pukul hingga adunan betul-betul sebati.
    3. Setelah itu, kaup balikkan adunan kita menggunakan spatula. Ini bagi memastikan adunan kita betul-betul sebati dan sekata.
    4. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan sebegitu saja, manakala sebahagian lagi anda titikkan sedikit pewarna pink bersama esen rose.
    5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci dan sapukan mentega disekeliling loyang untuk elakkan kek butter melekat. Kemudian, lapikkan baking paper pada dasar loyang.
    6. Seterusnya, masukkan adunan kita secara berselang-seli dengan menggunakan sudu sehinga habis.
    7. Hentakkan sedikit loyang kita agar adunan kek mampat dan sekata. Ini juga untuk mengelakkan terjadinya kek yang beronga udara seperti kek span sebab kita x nak tektur kek seperti itu.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Buku Resepi
    • Website

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

    Related Posts

    Japanese Fluffy Pancake

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Leave A Reply Cancel Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Promosi Terkini
    Resepi Terkini
    Sep 1, 2019

    Japanese Fluffy Pancake

    Jun 17, 2019

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Jun 17, 2019

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Apr 18, 2018

    Resepi Kuih Biskut Pasir

    Nov 1, 2017

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Buku Resepi

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan info berkaitan masakan dan resepi.

    Segala maklumat dan gambar dalam laman web ini adalah hak milik BukuResepi.com dan pengguna yang berdaftar dengan BukuResepi.com, kecuali dinyatakan sumber.

    Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

    Resepi Popular
    Sep 1, 2019

    Japanese Fluffy Pancake

    Jun 17, 2019

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Jun 17, 2019

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Apr 18, 2018

    Resepi Kuih Biskut Pasir

    Nov 1, 2017

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Nov 1, 2017

    Resepi Kek Coklat Lava

    Follow Us
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    © 2022 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.