Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Japanese Fluffy Pancake
    • Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar
    • 5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.
    • Resepi Kuih Biskut Pasir
    • Kek Butter Marble Rose Gebu
    • Resepi Kek Coklat Lava
    • Resepi Cheese Tart Buncit
    • Kek Leleh Berhantu Super Moist
    BukuResepi.com
    • Utama
    • Resepi
      • Resepi Acuan Biru
      • Resepi Kuih Muih Tradisi
      • Resepi Nasi
      • Resepi Biskut
      • Resepi Kek
      • Resepi Puding
      • Resepi Western
      • Resepi Lauk Pauk
      • Resepi Mee
      • Resepi Roti
      • Resepi Aiskrim
      • Resepi Minuman
      • Resepi Indonesia
    • Tips & Info
    • Hantar Resepi
    • Hubungi
    • Shop
    BukuResepi.com
    You are at:Home»Resepi Kek»Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    0
    By Buku Resepi on Jun 17, 2019 Resepi Kek

    Teringin nak baking kek? Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen, ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi.

    Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar, Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.

    Kek oren ni berasaskan daripada pati minuman sunquick, parutan kulit oren dan buah oren yang ditabur dalam kek yang belum dibakar lagi supaya rasanya lebih UUMMMMP.

    Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.

    Oppss lupa plak.. untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.

    Kek Oren Moist

    Bahan-Bahan :

    • 3 cawan tepung gandum
    • 1 sudu teh baking powder
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
      (Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayak 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur kek oren yang halus)

     

    • 4 biji telur gred A Atau 5 biji telur gred
    • 2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist ( jangan parut sampai ke kulit putih, pahit kek nanti)
    • 1/2 cawan pati sunquick
    • 2/3 cawan gula
    • 2/3 cawan susu pekat manis
    • 1 cawan minyak sayuran
    • 1 cawan air panas
    • 1sudu teh vanilla
    • Sedikit pewarna kuning lemon, kuning telur @ kaler oren

    Cara-cara:

    1. Dalam bekas, pecahkan telur dan buangkan tali pusat telur untuk elakkkan bau hanyir. Masukkan gula dan telur dan pukul sebati, barulah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berselang seli dengan minyak sambil dipukul sebati. Bole guna mixer mesin atau tangan.
    2. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan mula berkembang pada proses ini.
    3. Akhir sekali letakkan parutan kulit oren juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar. Tabur buah oren sikit supaya lebih sedap.
    4. Bakar dalam periuk nasi.

    Selamat mencuba bagi yang mengidam

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Buku Resepi
    • Website

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

    Related Posts

    Japanese Fluffy Pancake

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Leave A Reply Cancel Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Promosi Terkini
    Resepi Terkini
    Sep 1, 2019

    Japanese Fluffy Pancake

    Jun 17, 2019

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Jun 17, 2019

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Apr 18, 2018

    Resepi Kuih Biskut Pasir

    Nov 1, 2017

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Buku Resepi

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan info berkaitan masakan dan resepi.

    Segala maklumat dan gambar dalam laman web ini adalah hak milik BukuResepi.com dan pengguna yang berdaftar dengan BukuResepi.com, kecuali dinyatakan sumber.

    Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

    Resepi Popular
    Sep 1, 2019

    Japanese Fluffy Pancake

    Jun 17, 2019

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Jun 17, 2019

    5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.

    Apr 18, 2018

    Resepi Kuih Biskut Pasir

    Nov 1, 2017

    Kek Butter Marble Rose Gebu

    Nov 1, 2017

    Resepi Kek Coklat Lava

    Follow Us
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    © 2021 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.