Breaking News

KEK MARBLE DIVA

KEK MARBLE DIVA

BAHAN-BAHAN :

  • 6 biji telur( nak cantik naik elok senang kembang guna telur omega atau nutriplus tak caya try😘)
  • 1cawan gula(170g)
  • 1 sb ovalate
  • 3sb susu pekat
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 sb tepung susu
  • 2 cawan tepung self rising(200g)
    terjun semua sekali dalam mixer sonang🤣🤣👉mix sampai gebu putih.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Sementara tu cairkan butter dan sukat 1 cawan atau 150g(nak moist,suam-suam ya.)
  2. Masuk dalam bahan mix tadi dan kacau rata.
  3. Bahagikan ikut la warna ape nak ye.
  4. Lapik baking paper dalam loyang 9×9 kalau 8×8 melimpah dan panaskan oven sekejap je ek..
  5. Setkan rak bawah sekali dalam oven dan suhu 150 darjah jangan lebih,masa 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing-masing tau.)
  6. Ok sekarang tunggu masak.
  7. Sisip tepi kek dan tebalikkan atas redai petak-petak dan biar 3 hingga 4 jam.Masa panas, permukaan kek keras jadi bentuk redai,takkan tak terbentuk.Tunggu die sejuk baru cantik corak die

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.