TIPS UNTUK JADIKAN ANDA PAKAR MEMBUAT NASI LEMAK
Bercakap mengenai nasi lemak , pasti anda terbayangkan rasa sambal yang menyengat enak , dicampur dengan lemak rasa nasi putih yang berderai elok dan berlaukkan ikan bilis yang rangup atau apa -apa lauk kesukaan anda. Tapi bila tiba untuk membuat nasi lemak , semua itu hilang dan diganti dengan rasa lemau , tawar dan entah apa lagi . Jadi kami keluarkan artikel ” Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak ” ini khas untuk anda yang berada dalam situasi di atas .
Segala tips dalam membuat nasi lemak ini sudah terbukti keberkesanannya dan kami amat sarankan untuk anda mengikuti tips dan petua yang telah kami beri ini .
Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak
- Untuk dapatkan nasi yang berderai dan tidak melekat , tambahkan satu sudu minyak masak ke dalam periuk . Minyak masak juga boleh ditambah bila nasi telah kering dan gaul nasi sehingga sebati . Mesti cuba tips ini.
- Campurkan santan bersama air pada nisbah 1 : 1 untuk mendapatkan nasi lemak yang betul sedap dan cantik .
- Tumis sambal pada api sederhana kecil dan menggunakan minyak masak yang banyak sehingga sambal betul-betul kering . Selepas kering , minyak dikeluarkan dan masukkan perasa anda. Pasti sambal menjadi enak dan pekat.
- Tips mendapatkan sambal yang cantik adalah dengan memasukkan gula perang semasa menumis sambal . Gula perang akan membuat sambal nasi lemak anda kelihatan merah pekat dan enak.
- Masukkan selabu bawang besar yang dipotong empat bersama bahan biasa lain ke dalam nasi untuk nasi yang lembih wangi dan manis secara semula jadi .
- Cara mendapatkan bilis rangup , goreng ke dalam minyak yang cukup panas dengan banyak pada api sederhana . Jangan tunggu sehingngit. Sentiasa kacau .
- Nasi lemak tahan lama dan berbau harum bila santan dikurangkan seperti tips no 1 dan masukkan juga daun pandan bersama sedikit garam . Pasti nasi lemak anda bertahan lebih lama tidak mudah basi dari kebiasaan.
Teruja hendak mencuba resepi nasi lemak dengan tips kami berikan ?
Memang anda patut teruja . Insyaallah nasi lemak anda menjadi lebih sedap selepas amalkan tips dan petua yang telah kami berikan ini.