Breaking News

Teknik Water Bath

Teknik Water Bath

Membakar kek dengan teknik ‘water bath’ Kali ini, satu lagi teknik dalam pembuatan kek akan dipaparkan. Teknik ‘water bath’ ini juga dikenali dengan teknik ‘baine marie’. Walaupun apapun namanya, yang penting teknik ini selalunya digunakan untuk memasak cheese cake, kastard telur dan puding roti.

Kebaikan teknik ini:

  1. Air yang digunakan dalam teknik ini akan meruap di dalam oven (menjadi wap) dan melambatkan penyampaian haba kepada produk (air mempunyai konduktivti haba yang rendah). Oleh yang demikian, produk akan masak dengan perlahan, tetapi sekata.
  2. Permukaan luar produk tidak akan menjadi keras atau hangit
  3. Bahagian dalam produk juga akan masak dengan sempurna.

Alatan yang diperlukan:

  1. Acuan untuk membakar kek
  2. Aluminium foil
  3. Loyang leper yang bersaiz lebih besar dari acuan kek

Kaedah: Masukkan loyang leper ke dalam oven yang telah dipanaskan

  1. Curahkan air panas ke dalam loyang tersebut
  2. Masukkan acuan berisi produk ke dalam loyang tersebut dan tutup pintu oven untuk memulakan proses memasak.
  3. Sekiranya menggunakan acuan jenis ‘springform’, perlulah membalut separuh dari acuan itu dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari memasuki acuan.

STEP BY STEP TEKNIK WATER BATH
Cara masak utk Water Bath

water bath 01

  • Ade juga orang panggil selain Water Bath iaitu Bain Marie @ Steam Bake.
  • Cara ini sesuai untuk masak puding karamel,kek karamel pelangi,cheesecake@japanese cotton cake.
  • Jika menggunakan loyang “springfrom” iatu loyang yang berpatri harus dibalut dasar dan keliling loyang dengan kertas aluminium.
  • Supaya air tidak meresap masuk dalam loyang.
  • Masak guna api bawah agar kek lebih gebu dengan suhu yang rendah 160′-170’c.( ikut oven msng2 )

water bath 02CARANYA :

  1. Guna 2 loyang saiz besar n kecil sedikit.
  2. Loyang bersaiz besar di isi air kemudian letak loyang saiz kecil sedikit yang berisi adunan kek didalam loyang yang berisi air tadi.
  3. Pastikan guna air panas yang baru mendidih.
  4. Pastikan jangan buka pintu oven semasa proses membakar.
  5. Bila kek dah masak JANGAN keluarkan dari oven.
  6. Biar kek sejuk sendiri dalam oven supaya elakkan kek jadi mendap.
  7. Jika kek terus di keluarkan oven akan menyebabkan mendap kerana perubah suhu secara mendadak.
  8. Jika proses membakar sudah 1jam tutup permukaan kek dengan kertas aluminium supaya permukaan kek mendapat warna yang cantik.
  9. Cara masak guna water bath untuk kek yang menggunakan keju @ karamel supaya dapat mengekalkan tekstur kek yang lembut.
  10. Supaya kek tidak hangus dan berkerak di keliling,dasar dan permukaan kek.
  11. Kerana Adunan kek yang menggunakan keju@karamel ia mempunyai tekstur yang lembut.

water bath 03

2 comments

  1. As salam… boleh ke kita guna teknik ni utk membakar kek yg lain juga? Contohnya kek marble, kek coklat dan sbg nye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.