Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST
    • KEK MARBLE YOGURT PADLE POP
    • KEK MARBLE DIVA
    • Japanese Fluffy Pancake
    • Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar
    • 5 Resipi Kek Viral & Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Oven.
    • Resepi Kuih Biskut Pasir
    • Kek Butter Marble Rose Gebu
    BukuResepi.com
    • Utama
    • Resepi
      • Resepi Acuan Biru
      • Resepi Kuih Muih Tradisi
      • Resepi Nasi
      • Resepi Biskut
      • Resepi Kek
      • Resepi Puding
      • Resepi Western
      • Resepi Lauk Pauk
      • Resepi Mee
      • Resepi Roti
      • Resepi Aiskrim
      • Resepi Minuman
      • Resepi Indonesia
    • Tips & Info
    • Hubungi
    • Shop
    BukuResepi.com
    You are at:Home»Resepi Lauk Pauk»Sambungan Resipi Nasi Ayam 60,000 Share Dalam Masa 2 Hari

    Sambungan Resipi Nasi Ayam 60,000 Share Dalam Masa 2 Hari

    0
    By Buku Resepi on Jan 7, 2016 Resepi Lauk Pauk, Resepi Nasi

    Semalam kami sudah kongsikan satu resipi nasi ayam istimewa. Ketika kami berkongsi, resipi itu baru sahaja mencecah 14,000 share, akan tetapi apabila hari semalam berakhir, ia mencecah lebih 40,000 share.

    Itulah kehebatan resipi istimewa nasi ayam oleh Puan Rafiza Idayu. Puan Rafiza, pemilik Amazing Ayu Food menggabungkan dua resipi istimewa dengan bahan unik.

    Resipi adalah adaptasi resipi nasi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

    Ikuti penulisan di bawah:

    Resipi Ayam Perapan Dan Sambal Nasi Ayam

    nasi-ayam-masterchef-02

    Untuk resipi nasi, rujuk post ini.

    Untuk resipi ayam perapan rujuk bawah:

    Resepi perapan ayam.

    1. Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England.nasi-ayam-01Ilham resepi daripada Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House.Resepi yang saya jumpa pada tahun 2010 ketika beliau aktif menulis blog.Resepinya :
      • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
      • 3 sudu madu
      • 2 sudu sos tiram
      • 1 sudu kicap pekat
      • 1 sudu minyak bijan (optional)
      • Sedikit lada sulah

      Saya tak letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.

    2. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.

    nasi-ayam-02

    3. Perap ayam yang telah direbus tadi.

    Panaskan minyak macam menggoreng ayam.

    nasi-ayam-03Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

    Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.

    Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.

    4. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam.

    Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas.

    nasi-ayam-04Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa.

    Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak.

    5. Masukkan 3 ketul sahaja dalam periuk itu.
    Masa ini masak untuk sarapan.
    Kelas ko jah! Pagi pagi dah sarapan nasi ayam.
    Kalau guna kuali boleh sahaja. Jangan masuk banyak sangat.

    nasi-ayam-05

    Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

    Memasak ini perlu latihan selalu turun ke dapur. Nanti lama lama kita semakin mahir.

    6. Hasil ayam yang digoreng tadi.

    nasi-ayam-06

    Hangus-hangus tu yang sedap.

    Manis pahit masin.

    7. Resepi sambal nasi ayam.

    nasi-ayam-07

    • 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa sediakan tadi.)
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu jus limau nipis
    • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
    • 4 sudu gula
    • 1 sudu kecil garam
    • Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
    • 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (Ayu tak letak, sengaja nak cuba resipi tanpa tepung jagung.)

    8. Ini air rebusan ayam tadi. (Rujuk post sebelum ini.)

    nasi-ayam-masterchef-03

    Ingat kita bahagi 3 kegunaan air rebusan ayam.

    • untuk nasi ayam
    • untuk sambal
    • untuk sup kosong

    9. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

    nasi-ayam-09

    Tip: Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji-sebiji bawang putih nanti tak hancur.

    10. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.

    nasi-ayam-10

    Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra-mesra gitu.

    Barulah sedap masakan kita.

    11. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

    nasi-ayam-11

    Kalau limau tak ada boleh guna apa lagi? Kita bincangkan di ruangan komen.

    12. Segala-mala aksesori berkaitan.

    nasi-ayam-12

    13. Nasi Ayam Umi sedia dihidang.

    Memasak ini ada satu BAHAN paling mahal iaitu KASIH SAYANG.

    Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.

    Sebab itu mak kita goreng ikan bodo pun sedap sebab dia masukkan elemen tu. Anak aku nak makan ni… walaupun buh garam dengan serbuk kunyit jer… ikan goreng tu memang sedap.

    LIKE dan FOLLOW BukuResepi di Facebook dan Instagram

    Sumber : The Vocket & Puan Rafiza Idayu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Buku Resepi
    • Website

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

    Related Posts

    Gulai Lemak Siput Sedut

    Daging bakar air asam

    Siapa Sangka Resipi Nasi Ayam Ini Terima 14,000 Share Dalam Suku Hari

    Leave A Reply Cancel Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    EBOOK PERCUMA
    Resepi Terkini
    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST

    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE YOGURT PADLE POP

    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE DIVA

    Sep 1, 2019

    Japanese Fluffy Pancake

    Jun 17, 2019

    Resepi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Atau Dibakar

    Buku Resepi

    BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan info berkaitan masakan dan resepi.

    Segala maklumat dan gambar dalam laman web ini adalah hak milik BukuResepi.com dan pengguna yang berdaftar dengan BukuResepi.com, kecuali dinyatakan sumber.

    Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

    Resepi Popular
    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST

    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE YOGURT PADLE POP

    Jun 24, 2022

    KEK MARBLE DIVA

    Follow Us
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    © 2017 BukuResepi.com | Designed for BukuResepi.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.