Breaking News

Roti Perancis & Kacang Pool

Roti Perancis & Kacang Pool 
Oleh:Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN ROTI

  • 4 cawan tepung gandum
    1 1/2 sudu kecil garam
    1 1/2 cawan air suam (jgn lebih dari 38 darjah celcius)
    2 sudu kecil yeast segera

CARA-CARA MEMBUAT ROTI

  1. Satukan garam & tepung. Gaul rata.
  2. Masuk kan yeast & air suam. Gaul rata hingga bersatu.
  3. Keluarkan dough dari bekas & uli hingga dough elastic (licin & tidak melekat) lebih kurang 6 – 8 minit menguli.
  4. Masuk kan dough kedalam bekas bersih yg telah disapu dgn sedikit minyak. Biarkan dough berganda.
  5. Setelah dough sedia, keluarkan dough dari bekas & bahagi dough kepada 2 atau 3 bahagian.
  6. Kemudian roll dough hingga bentuk roti perancis. Roll nya tak cantik pun tak mengapa.
  7. Taburkan sedikit tepung keatas roll & tutupkan dgn kain bersih atau plastik bersih & biarkan dough rehat selama 30 – 45 minit.
  8. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius.
  9. Toreh atas roll & kemudian renjis air atau spray air pada roll sebelum dimasuk kan kedalam oven.
  10. Jangan lupa letak kan 1 bekas berisi air didalam oven, bahagian bawah.
  11. Bakar roll didalam oven yg telah sampai suhu kepanasan nya selama 20 minit atau sehingga kecoklatan.
    * Direnjiskan atau spray air sekali lagi selepas 10 minit masa membakar.

BAHAN-BAHAN KACANG POOL

  • 2 tin kacang pool (foul medames)
    – dibuang airnya & dilenyek sedikit supaya ada yg pecah & ada yg tak hancur
  • 3/4 cawan minyak sapi
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar rempah curry daging
  • 1 tin kecil tomato puri (guna setengah dulu kemudian adjust ikut citarasa)
  • 1 1/2 biji bawang besar – dicincang
  • 1 1/2 cawan air (bergantung kepada kepekatan kacang pool)
  • garam secukup rasa hirisan lada hijau secukupnya bawang besar secukupnya
    – dipotong dadu limau kasturi secukupnya telur Mata lembu

CARA-CARA MEMBUAT KACANG POOL

  1. Panaskan minyak sapi & tumis bawang besar cincang hingga layu.
  2. Masuk kan serbuk jintan manis & rempah curry daging. Tumis.
  3. Masuk kan tomato puri & kacang pool. Gaul rata.
  4. Masuk kan air & gaul rata.
  5. Biarkan mendidih & masuk kan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan taburan bawang besar dadu, limau kasturi, lada hiris & roti perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.