Breaking News

Resepi Tart Telur

Tart Telur | Oleh:Atif Shahieka
BAHAN_BAHAN CRUST :

  • 250gm Buttercup di potong dadu (Dr peti sjuk dibiarkan lembut ttp jgn smpai mncapai suhu bilik)
  • 120gm Gula Aising
  • 2 Biji Telur Gred C
  • 500gm Tepung Gandum
  • 1 Sudu Esen Vanila

CARA MEMBUAT :

  1. – Ayak gula aising dlm mangkuk besar dan masukkan mentega dan pukul hingga sekata. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap biar sekata.
  2. – Masukkan tepung gandum yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul sekata dgn tangan sehingga menjadi doh.
  3. – Simpan doh dlm peti sejuk selama 30minit – 1jam atau semalaman.
  4. – Canai doh hingga mendapat ketebalan yg sesuai dan bentukkan didalam acuan tart. Potong dgn pisau lebihan doh dan cucuk dgn garfu di dasarnya.
  5. – Buat sampai habis doh dan bakar dgn suhu 170’C selama 15-20 minit atau sehingga menjadi keperangan sedikit. Ikut jenis oven masing2.
  6. – Adunan ini boleh dpt byk kulit tart bergantung pd acuan. Biarkan sejuk dan boleh disimpan dlm bekas kedap udara.

BAHAN-BAHAN FILLING :

  • 1 Cwn Susu Segar / Susu Cair
  • 1/3 Cwn Gula Halus (tambah jika suka manis)
  • 4 Biji Telur Gred A / 5 Biji Telur Gred C
  • 1 Cwn Air Suam
  • 1 Sudu Besar Tepung Kastard (diayak)
  • 1 Sudu Esen Vanila

CARA MEMBUAT :

  1. – Pukul telur dan gula hingga gula sedikit larut dan masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
  2. – Masukkan filling ke dlm kulit tart tadi dan bakar dgn suhu 175’C selama 8-10 minit. ikut jenis oven masing2.
  3. – Biarkan sejuk sekejap dan siap dihidang.

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 


Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.22 ( 7 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.