Breaking News

Resepi Roti Arab

RESEPI ROTI ARAB
Oleh : Fiza Syamri

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT ROTI ARAB(hidangan untuk 4-5 orang)

  • 250 g tepung gandum
  • 2 sk yis mauripan
  • 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
  • 1 sb marjerin/mentega
  • 1 sb gula
  • 160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
  • 1/2 sk garam halus

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT ROTI ARAB

  1. Satukan yis bersama air suam dan gula.
  2. Bancuhkan hingga gula larut, kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
  3. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung.
  4. Satukan dengan garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul-gaulkan biar rata.
  5. Buatkan lubang di tengah-tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi.
  6. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang licin.
  7. Setelah itu, simpankan doh di dalam bekas yang agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab.
  8. Biarkan ia naik selama 1 jam.
  9. Sementara itu, bolehlah buat sambal sardin.
  10. Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian (saya suka buat yang kecil-kecil sahaja)
  11. Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  12. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
  13. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu.
  14. Siram-siramkan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan.
  15. Angkat dan toskan.
  16. Bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau lauk apa-apa sahaja.

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.57 ( 3 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.