Breaking News

Resepi Rendang Daging

RESEPI RENDANG DAGING
OLEH : Tahrunnisah Jali

BAHAN-BAHAN MEMBUAT RENDANG DAGING

  • 1 kg daging lembu dipotong kecil (ikut kesuaian)
  • 1 mgkuk santan pekat
  • 2 biji bawang besar sederhana**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 3 batang serai**
  • sedikit halia, **
  • sedikit lengkuas**
  • cili kisar ikut kepedasan yang disukai
  • sedikit kunyit hidup (optional nak isi boleh taknak isi pun boleh)**
  • 3@ 4 biji cili api (ni pun optional kalau suka pedas menyengat boleh taruk)**
  • air asam jawa sedikit
  • 2 sudu besar kerisik
  • garam dan gula

rendang-daging-05a

Bahan yg digoreng tanpa minyak sebentar kemudian di kisar halus :

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 6 biji buah pelaga
  • sebatang kulit kayu manis pecah2 kan dulu guna lesung senang nak blend nanti
  • sedikit bunga cengkih
  • sedikit bunga lawang

Bahan untuk dihiris halus :

  • Daun kunyit
  • Daun limau purut

rendang-daging-04a

CARA-CARA MEMBUAT RENDANG DAGING

  1. kisar bahan bertanda ** hingga hancur (isi sedikit air senang kerjanya) dan kisar juga bahan penumis hingga halus
  2. panaskan kuali dan isi sedikit minyak. Kemudian tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan pecah minyak
  3. kemudian masukkan bahan penumis yang dikisar halus tadi dan masak sehingga ia pecah minyak dan agak lama ye dan sedikit kering…(dikuatiri nanti sakit perut baik tumis lama2 sikit)
  4. kemudian masukkan daging dan masak sehingga empuk
  5. masukkan santan pekat tadi dan biarkan ia agak kering dan masukkan kerisik, air asam jawa sedikit beserta garam dan gula..
  6. masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga empuk (terpulang pada anda inginkan rendang yang kering atau ada kuah)

rendang-daging-07a

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.