Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT REMPEYEK KACANG TANAH & IKAN BILIS

  • 1 kampit tempung beras
  • 1 kg kacang tanah (biasanya bonda kurangkan) – bilas dan goreng – toskan (jika suka boleh tumbuk seketika supaya pecah kasar)
  • 1 biji kelapa – 4-5 cawan santan cair (bonda ambil lebih sebab akan bonda tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
  • 1 mangkuk ikan bilis – dibersihkan dan dibelah 2
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 genggam ketumbar biji – tumbuk kasar
  • 1/2 genggam jintan putih – tumbuk kasar
  • 1 genggam jintan manis – tumbuk kasar
  • sedikit serbuk kunyit – (tak bubuh pun tak apa)
  • 1 sudu teh kapur – bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji telur
  • garam dan perasa pilihan secukupnya
  • minyak

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT REMPEYEK KACANG TANAH & IKAN BILIS

  1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
  3. Ambil satu senduk adunan, dan tambahkan beberapa biji kacang tanah serta ikan bilis ke dalamnya.
  4. Tuangkan secara memanjang di tepi kuali yang tidak terkena minyak, dan bahan adunan akan mengalir ke dalam minyak panas. Ulangi sehingga memenuhi bahagian tepi kuali.
  5. Gunakan sudip untuk menyimbahkan perlahan-lahan minyak panas ke atas rempeyek yang melekat di tepi kuali supaya masak dan tanggal sendiri.
  6. Apabila semua rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
  7. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.