Breaking News

Resepi Rainbow Cake

RESEPI RAINBOW CAKE
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT RAINBOW CAKE

  • 250g mentega
  • 220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
  • 200g gula kaster
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu besar air susu (guna susu segar)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna yang disukai

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT RAINBOW CAKE

  1. Griskan acuan bulat 8″. Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170″C.
  2. Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
  5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
  6. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

CATATAN :
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Jika 7 warna guna 2 adunan.
Dalam proses ini saya menggunakan loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.
Boleh dapatkan Loyang di SINI

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KRIM MENTEGA

  • 150gm mentega
  • 350gm krimwell
  • 180gm sirap gula/susu krimer manis
  • 3 sudu besar gula aising

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KRIM MENTEGA

  1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  2. Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
  3. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama keluarga tersayang

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.6 ( 1 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.