Breaking News

Resepi Pudung Roti Marble

RESEPI PUDING ROTI MABLE
Oleh : Anna Camfrog

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PUDING ROTI MABLE

  • 1 paket agar2 tali (18g )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwan gula pasir
  • 1/2 cwan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu mkn Mentega
  • 3’1/2 cwan air
  • Perwarna merah
  • Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh…nak pkai dua2 pon bleh)

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PUDING ROTI MABLE

  1. Cuci agar-agar dan tos airnya kemudian gula pasir rebus skali dgn agar2 dan air 3 cawan ( rebus sampai agar-agar lembut dan cair)
  2. Blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur dan ketepikan dulu
  3. Bila agar-agar dah cair, masukan bahan-bahan blender tadi dan gaul rata ( Hati-hati dengan Api yang digunakan, guna api sedang-sedang sahaja )
  4. Tunggu sampai mendidih kemudian masukkan mentega dan gaul sampai mentega cair baru padam api
  5. Bahagikan kepada 3 adunan
  6. Kemudian ambil 1 adunan dan diletakkan pewarna merah
  7. Kemudian ambil lagi 1 adunan dan diletakkan koko
    *(Jika menggunakan serbuk koko, pastikan anda bancuh terlebih dahulu dengan 1 sudu kecil air suam supaya ia tidak berketul )
  8. Kemudian 1 adunan lagi dibiarkan dengan warna asal
  9. Ambil loyang dan letakkan 1 senduk warna asal kemudian letakkan pula warna merah dan seterusnya warna coklat.
  10. Lapis-lapiskan smpai habis. Proses ini perlu dilakukan dengan cepat
  11. Siap, Masukkan kedalam peti sejuk

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 3.22 ( 7 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.