Breaking News

Resepi Otak-Otak Kukus

Resepi Otak-Otak Kukus

Acuan rose ni bukan saja untuk telur & benda manis. otak-otak pun boleh dikukus dalam acuan rose. Resepi dari Chef Arm,saya ubah sedikit. tak guna pati ikan bilis & belacan. tapi saya tambah 3 biji buah keras, daun kunyit & sedikit halia. Daun kaduk & daun pisang saya tak guna sebab bubuh dalam acuan.

Bahan-bahan A :

  • 300g-400g Filet ikan ( dihiris )
  • 200ml Santan ( daripada 1 kelapa )
  • 4-5 helai Daun limau purut ( dicarik halus )
  • ½ sudu teh Serbuk Lada Putih
  • 1 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis
  • 1 sudu besar Tepung beras pulut
  • 3 biji Telur ( dipukul ringan )

Bahan (B): ( digaul )

  • 2 sudu teh Cili ( giling )
  • 2 sudu besar Serai ( giling )
  • 2 sudu besar Bawang merah ( giling )
  • 1 susu teh Bawang putih ( giling )
  • 2 hiris Lengkuas
  • 1 sudu teh Belacan
  • ¼ sudu teh Serbuk kunyit

Bahan (C):

  • Beberapa helai Daun kaduk
  • Secukup Daun pisang ( untuk membalut )

Cara membuatnya:

  1. Gabungkan semua bahan (A) & (B), gaul sehingga sekata.
  2. Letakkan 1-2 helai daun kaduk di atas sehelai daun pisang. Cedokkan 2–3 sudu besar campuran dan tutup dengan cungkil gigi.
  3. Stim dalam periuk pengukus selama 15–20 minit

TEMPAHAN ACUAN ROSE!
Untuk Tempahan Acuan Rose sila Whatsapp/ sms ke 019-993 4185
*SEMENTARA STOK MASIH ADA

acuan-rose-mawar-murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.