Breaking News

Resepi otak-otak kempas

RESEPI OTAK-OTAK KEMPAS
OLEH : Tahrunnisah Jali

2018 Mr. Olympia Open Bodybuilding Results & Prize Money – Fitness Volt anavar sale 4 ways a fitness routine can improve your life | The GoodLife Fitness Blog
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT OTAK-OTAK KEMPAS

  • 500gm ikan tenggiri amik isi nya sahaja
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk cili babas atau nak rasa lbh pedas tambah lagi
  • 1 biji bawang besar sederhana*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 batang serai dipotong halus*
  • 1 sudu kecil ketumbar ditumbuk halus
  • 3 biji buah keras direndam dulu ditumbuk halus
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sebiji telor
  • 2 sudu tpg jagung yang dibancuh sedikit air
  • 3 sudu minyak masak tuk menumis

otak-otak-kempas-01b

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT OTAK-OTAK KEMPAS

  1. isi ikan tenggiri dikisar halus- ketepikan
  2. satukan bahan bertanda dan kisar halus
  3. tumbuk ketumbar dan buah keras hingga hancur
  4. satukan kedua2 bahan diatas dan masukkan santan,
  5. tumis bahan2 diatas dgn sedikit minyak tumis sehingga pecah minyak, masukkan garam dan gula serta masukkan santan
  6. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air..kacau hingga sebati dan sedikit pekat dan angkat..bab ni guna api perlahan ye takut hangus nanti dan sentiasa kacau
  7. sejukkan bahan yang telah digoreng dahulu kemudian masukkan isi ikan tenggiri yang dikisar halus serta telor dan masukkan garam dan gula.. otak2 ni tak manis sangat ye..kacau sebati
  8. sediakan daun kelapa potong 9 inci..masukkan adunan ikan pada daun kelapa ambil satu lagi daun kelapa untuk menutup otak2 kita ye. tutup bertindih antara kedua-dua daun tuu. selitkan pencungkil gigi hujung nya..
  9. siap tuk dibakar

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

One comment

  1. Terimakasih resepinya……halalkan ilmunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.