Breaking News

Resepi Nasi Arab Simple Ala Naimah

RESEPI NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH

Oleh : Naimah Md Ludin

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH:

  • *1/2 sudu makan jintan manis
  • *1/2 sudu makan jintan putih
  • *1/2 sudu makan bunga cengkih
  • *1/2 sudu makan lada hitam
  • * 1 sudu makan biji ketumbar
  • *1/2 sudu makan buah pelaga
  • 2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
  • 4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji buah pelaga
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

CARA-CARA MEMBUAT NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH :

  1. Semua bahan bertanda (*) cuci bersih (guna penapis teh)
  2. Goreng tanpa minyak semua bahan bertanda (*) kemudian blend sehingga kering (sampai hampir jadi serbuk)
  3. Cuci bersih Beras Basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
  4. Panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
  5. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
  6. Bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati. Kemudian masukkan beras.
  7. Masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
  8. Titik-Titikkan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api. (Bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna)

*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum. Potong daun dan tabur atas nasi yangg dah siap hidang
*(kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH:

BAHAN UNTUK PERAP  (blend semua bahan)

  • 3 inci halia
  • 2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan buah pelaga
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

* 1 ekor ayam dibelah 2 tanpa putus (saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)

CARA-CARA UNTUK AYAM NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH:

  1. Blend semua bahan perap.
  2. Gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
  3. Masukkan ayam dalam pemanggang
  4. Panggang sampai masak

*masa hidang sy potong 2 ayam sekor tu..ambik separuh ja

BAHAN-BAHAN UNTUK SALAD NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH:

  • -buah tomato
  • -timun
  • -lobak merah
  • -bawang
  • *cili hijau
  • *garam
  • *gula
  • *cuka (1 sudu kecil)
  • *perahan limau nipis
  • *4-5 sudu besar air masak /air tapis

CARA-CARA UNTUK BUAT SALAD NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH:

  1. Potong dadu semua bahan bertanda( – )
  2. Cili hijau tumbuk2 kasar (nak hiris ja pun boleh)
  3. Campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AIR ASAM NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH :

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit ja belacan (secubit ja)
  • Garam
  • Gula
  • Perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
  • Air masak (air tapis pun boleh)

CARA-CARA UNTUK BUAT AIR ASAM NASI ARAB SIMPLE ALA NAIMAH :

  1. Blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
  2. Sedia hidang. Yang simple-simple sahaja ya (kalau nasi arab betul byk lagi rempahnya)

*kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.18 ( 31 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.