Breaking News

Resepi Kek Moist Red Velvet

RESEPI KEK MOIST RED VELVET
Oleh : Watiey Abdullah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK MOIST RED VELVET
  • 360 gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp garam
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 400 gm gula halus
  • 1 cup minyak jagung/minyak masak
  • 2 biji telur A
  • 1 cup buttermilk
  • 2 tsp esen vanilla
  • 2 sudu besar pewarna merah (saya suka pakai bright red dari yummie)
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 cup nescafe panas-rahsia kek jadi lembab
    *tsp-sudu teh


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK MOIST RED VELVET

  1. Panaskan oven pada suhu 150C.Sediakan loyang saiz 8 inc, sapukan mentega dan letakkan baking paper-ketepikan
  2. Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam-ketepikan
  3. Dalam bekas lain, satukan gula dan minyak,tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata.
  4. Tambahkan air nescafe panas dan cuka masakan
  5. Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
  6. Tuang adunan dalam loyang
  7. Bakar dalam ketuhar selama 50 minit atau sehingga kek benar masak
  8. cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  9. Setelah kek masak,keluarkan dari loyang.Biarkan sejuk,barulah dipotong dua.
BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT TOPPING KEK MOIST RED VELVET

  • 250 gram cream cheese (sy pakkai brand tatura jek)
  • 100 gram mentega
  • 1/2 cup gula ising
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 2 cup ml whipping cream
  • 1 cup thickened cream(xperlu pon xpe,tp saya suka pakai sbb rase lemak2)
CARA-CARA UNTUK BUAT TOPPING KEK MOIST RED VELVET
  1. satukan cream cheese dengan mentega,putar sekejap sahaja sehingga sebati.
  2. masukkan gula dan susu.putar sekejap.
  3. sementara itu sediakan whipping cream dan thickend cream secara berasingan.
  4. putar sehingga kental.kemudian baru masukkan ke dalam adunan cream cheeese td.
  5. gaul sehingga sebati.tidak perlu putar.

 

Disini admin Buku Resepi telah sediakan sebuah video cara untuk membuat Red Velvet Cupcake bagi membantu sahabat semua lebih faham cara membuatnya.

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 3.22 ( 24 votes)