KEK MILLE CREPE ZENYAM VAIE STYLE |Oleh:Syarifah Zatyl Ismah Mohammad
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK MILLE CREPE ZENYAM VAIE STYLE
- 6 sudu bsr tepung gandum
- 6 sudu bsr tepung ubi kayu
- 3 sudu bsr tepung kastard
- 3 sudu bsr tepung jagung
- 3 biji telur
- 3 sudu kecil minyak masak
- 3 sudu bsr gula
- 120ml susu segar atau susu cair
- 450 ml air
- 3 jns pewarna ikut suka
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT FRESH CREAM
- non-dairy whipping cream
- gula icing
- esen vanilla
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH KASTARD
- 2 sudu bsr tepung kastard
- 2 cawan air
- secawan susu
- 3 sudu gula
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK MILLE CREPE ZENYAM VAIE STYLE
- adunkan semua bahan crepe dn gaul sebati.pukul dgn tgn je,xperlu guna mixer.
- tapiskan adunan tersebut supaya x berketul-ketul kemudian bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut sedap mata memandang.
- kemudian,dadarkan adunan senipis yg boleh.gunakan kuali leper yg non-stick.x perlu oleskan minyak kerana adunan dh mengandungi minyak.dadar sehingga adunan habis.
- pukul whipping cream bersama gula dan esen vanilla pd kelajuan sederhana sehingga kembang.
- masukkan kesemua bahan kuah kastard ke dlm periuk dn masak dgn api perlahan sehingga pekat.
- letakkan sekeping crepe di atas pinggan,sapukan fresh cream,kemudian lapiskan dgn crepe.boleh letakkan milo/horlick/oreo hancur dlm fresh cream,ikut selera.fresh cream kosong je pn xpe.
- ulangi sehingga crepe habis.akhir sekali, tuangkan kuah kastard diatas sebelum menghidang.boleh taburkan coklat parut di atas utk hiasan.
selamat mencuba!
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
Review Overview
UNDI RESEPI INI
Berikan Undi Untuk Resepi Ini