Breaking News

Resepi Mee Kari

RESEPI MEE KARI
OLEH : Tahrunnisah Jali

BAHAN-BAHAN MEMBUAT MEE KUNING :

  • 2 biji bawang besar**
  • 3 ulas bawang putih**
  • sedikit halia**
  • 2 sudu besar atau lebih cili kisar (ikut kepedasan)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 1- 1 1/2 mangkuk santan pekat
  • air rebusan ayam
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • udang segar (optional)
  • isi kerang (optional)
  • garam,
  • bahan perasa ajinomoto (terpulang nak isi atau taknak)
  • gula (jika tak isi ajinomoto) sikit je ye

NOTA :

  • Bahan bertanda (**0 dikisar halus dengan sedikit air
  • Campurkan bahan bertanda** dengan 4 sudu rempah kari daging (saya guna babas kerana menghasilkan warna yang cantik) ketepikan

Mee Kari

REBUS AYAM :

  • 1/2 ekor ayam (potong 2 bahagian)
  • sedikit halia
  • air secukupnya

CARA : Dalam periuk berisi air masukkan ayam yang dipotong 2 bahagian) masukkan halia yang diketuk ..rebus sehingga ayam empuk..air rebusan ayam jgn dibuang

CARA BUAT KUAH KARI :

  1. 1. tumis bahan tumis bahan tumis yang dikisar serta kayu manis dan bunga lawang serta cili kisar dengan sedikit minyak.
  2. tumis sehingga bahan tumis pecah minyak ye..selagi tak pecah tambah sikit air…sehingga ia pecah minyak baru dimasukkan air rebusan ayam tadi…
  3. 2. kemudian masukkan santan.. kalau nak masukkan udang segar pun sedap..
  4. 3. perasakan dgn garam, ajinomoto (optional) kalau tak isi aji isi gula sikit
  5. 4. nak taruk kacang panjang pun sedap jugak dlm kuah

BAHAN HIASAN

  • ayam rebusan dipotong kecil2
  • tahu pop @ tahu putih goreng
  • daun bawang/daun sup dipotong halus
  • lada merah dipotong
  • bawang goreng
  • telor rebus
  • fishball
  • sawi rebus
  • sambal lada
  • tauge
  • hirisan limau nipis

Mee Kari 1

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.