[highlight]RESEPI MEATBALL ALA IKEA | Oleh : Hidayatul Hafiza[/highlight]
BAHAN-BAHAN MEATBALL ALA IKEA:
- 400gm Daging Cincang Ramly (1paket)
- Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
- Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
- 1/3 cawan tepung gandum
- 2 biji telur – di pukul sedikit
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Sedikit lada sulah
- ¼ cawan susu segar
- Sedikit minyak untuk mengguli
- Garam secukup rasa
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MEATBALL ALA IKEA :
- Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam.
- Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrumb itu.
- Sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
- Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat.
- Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
- Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
- Saya kukus terlebih dahulu kemudian goreng dgn butter skit guna non-stick pan..
BAHAN-BAHAN UNTUK GRAVY MEATBALL ALA IKEA:
- 1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
- 2 sudu butter
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- sebiji tomato besar- di potong dadu
- 1 1/2 cawan air sejuk, *
- 100ml susu segar/susu cair *
- 3 sudu sos tomato *
- 3 sudu sos tiram *
- 2 sudu kicap manis *
- 2 sudu lada hitam *
- 1 cube pati daging*
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT GRAVY MEATBALL ALA IKEA:
- 1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
- 2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
- 3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
- 4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur – jika ikut resepi diatas dgn betul rasa gravy nya da perfect x pyh tmbah garam..
SAYUR UNTUK HIASAN MEATBALL ALA IKEA :
- Brokoli – dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais (tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut). Cubitkan sedikit garam untuk rasa..
#bole dihidangkan bersama kentang goreng..
#kalau nak pkai meatball readymade beli brand Azmy atau Marina goreng tanpa minyak..
[divider]
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
1 Comment
Lepas ni kalau kempunan nak makan meatball Ikea , boleh buat sendiri aje..:-)