Breaking News

Resepi Homemade Marble Ice-Cream

Resepi Homemade Marble Ice-Cream

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT HOMEMADE MARBLE ICE-CREAM

  • 1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je)
  • 2 tin air masak(sukat guna tin susu)
  • 1 sudu besar ovallet
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko (honney guna perasa coklat)
  • Pewarna merah jambu(honney guna sedikit pewarna ibu sirap)
  • Sedikit perisa strawberry

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT HOMEMADE MARBLE ICE-CREAM

  1. Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
  2. Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
  3. Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
  4. Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
  5. Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
  6. Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
  7. Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
  8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
  9. Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
  10. Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
  11. Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
  12. Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
  13. Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
  14. Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.(disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman)

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.22 ( 3 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.