Resepi Krim Puff Durian Mudah
BAHAN-BAHAN 1 : (UNTUK PUFF)
- 120 gm tepung gandum – diayak
- 4 biji telur
- sedikit vanilla
- 200 ml air
- 90 gm mentega, dipotong kecil
CARA-CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan oven pada suhu 200C.
- Griskan loyang dengan minyak.
- Pukul sehingga telur kuning dan putih bercampur dan ketepikan.
- Masukkan air dan mentega ke dalam periuk, masak dengan api sederhana kemudian kuatkan
sehingga mendidih. Tutupkan api. - Masukan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sambil kacau sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. pipekan ke atas loyang, jarakkan kerana apabila dibakar ia agak mengembang.
- Spray permukaan cream puff dengan air, bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
BAHAN-BAHAN 2 : ( UNTUK KASTARD DURIAN)
- sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung kastad
- 1 sudu besar mentega
- 2-3 ulas durian
- 4 sudu besar gula
- 1 cawan susu cair/segar
- 1 biji telur (L size)
CARA-CARA PENYEDIAAN :
- Bancuh tepung-tepung dan gula dengan sedikit susu, kacau sampai jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau lagi.
- Susu yang lebih dipanaskan apabila mendidih cepat-cepat masukan adunan tepung, kacau dan masukkan durian yang telah dilenyek-lenyek. Akhirnya, masukan mentega kacau sampai adunan agak berkilat.
P/s: Menu ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Boleh juga dijadikan menu untuk hari raya. Kalau nak lebih sihat buatkan resepi krim puff ini sedikit kurang manis Selamat mencuba !


EBOOK KRIM PUFF 1001 INTI
EBOOK VERSI DOWNLOAD INI AKAN DILANCARKAN SETELAH SIAP DIEDIT DAN KHAS UNTUK 100 PEMBELI PERTAMA AKAN DAPAT HARGA PROMOSI YANG TIDAK MASUK AKAL!!