Breaking News

Resepi Kek Whoopie Pie

RESEPI KEK WHOOPIE PIE | Oleh : Nora Al-Hamdani

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK WHOOPIE PIE

  • 1/2 cawan butter – suhu bilik
  • 1 cawan castor sugar
  • 1 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • 1 3/4 cawan all purpose flour
  • 2/3 coco powder
  • 1 1/2 sk baking soda
  • 1 cawan buttermilk (1sb jus lemon + 1 cawan susu segar)
  • pewarna merah (tidak perlu jika membuat versi choclate)

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK WHOOPIE PIE

  1. Panaskan Oven 180c
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang (2min – 3min)
  3. Masukkan telur dan vanilla.
  4. Satukan tepung,coco powder dan baking soda dan ayak.
  5. Masukkan tepung kedalam adunan yang telah dipukul berselang seli dengan buttermilk.
  6. Bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,buttermilk & tepung)
  7. Setelah adunan sebati,sediakan dulang pembakar biskut.
  8. Sudukan adunan diatas dulang penbakar sebanyak sesudu atau lebih jika mahu bentuk yang besar tetapi untuk bentuk yang cantik sesudu adalah memadai.
  9. Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang.
  10. Bakar selama 8min atau bila ditekan ia tidak tenggelam dan biarkan sejuk.
  11. Kek akan disapu atau di pipping dengan butter cream atau cream cheese filling di tengah dan dikapit seperti sandwich.
  12. Untuk menghindar dari kek menjadi kering,selesai dikapit,cake tapi hendaklah dibalut dengan plastic wrap secara berasingan.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT LEMON CHEESE CREAM KEK WHOOPIE PIE

  • 200gm sugar
  • 60ml jus lemon
  • 4 biji putih telur
  • 300gm butter
  • 300gm shortening
  • 180gm Cream Cheese

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT LEMON CHEESE CREAM KEK WHOOPIE PIE

  1. Satukan gula dan jus lemon dan masak atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat
  2. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sirap perlahan2
  3. Bila telah kembang,masukkan butter,shortening & cream cheese
  4. pukul lagi hingga kembang dan kental.

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.58 ( 2 votes)