Breaking News

Resepi Kek Rainbow Cheese Roll

RESEPI KEK RAINBOW CHEESE ROLL

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT RAINBOW CHEESE ROLL

  • 70gm tepung gandum (diayak)
  • 1sb susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60gm gula castor
  • 60ml minyak masak
  • 1st esen vanilla
  • 2st ovalette
  • pewarna merah
  • pewarna kuning
  • pewarna hijau
  • pewarna biru
  • pewarna oren
  • pewarna purple
  • sedikit perasa strawberry, pandan dan oren
  • buttercream secukupnya
  • keju parut secukupnya

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT RAINBOW CHEESE ROLL

  1. Panaskan oven 170C. Griskan loyang swiss roll yg telah dialas baking paper, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan dalam mixer bowl kecuali perasa, minyak dan pewarna. Putar hingga gebu.
  3. Masukkan minyak, gaul sebati menggunakan spatula @ senduk kayu.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu.
  5. Warna merah letak perasa strawberry, warna hijau letak perasa pandan dan warna oren letak perasa oren.
  6. Masukkan dalam piping bag, picit adunan dalam loyang secara selang seli hingga habis.
  7. Bakar selama 17 – 20 minit atau hingga masak. Jangan sampai garing, nanti tak boleh roll.
  8. Dah masak, keluar dari oven dan terus terbalikkan kek. Sejukkan sebentar, sapukan buttercream dan tabur keju parut.
  9. Kemudian gulung kek dengan kemas.

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 1.44 ( 4 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.