RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
BAHAN & CARA UNTUK MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI
- Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang 8 inc.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras
BAHAN KARAMEL :
- 1/2 tin susu cair
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
ADUNAN KEK BAHAN A
- 70g gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
ADUNAN KEK BAHAN B
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
MERINQUE
- 6 biji putih telur – pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70g gula castor
- 1 sudu teh krim of tar2
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
- Pukul putih telur hingga berbuih
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
- Gaul rata secara kaup balik
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
- Letakkan pewarna yang anda sukai.
- Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
- Belang- belangkan adunan
- Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
- Akhir sekali dengan satu sudu.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Ita (Saya juga) panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven (saya juga) tukar pada suhu 160C
- Gunakan api bawah sahaja.
KAEDAH STEAM BATH / DOUBLE BOILER
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak saya biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
- Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Review Overview
UNDI RESEPI INI
Berikan Undi Untuk Resepi Ini