Breaking News

Resepi kek Mocha Muffins

RESEPI KEK MOCHA MUFFINS

Oleh:Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK MOCHA MUFFINS :

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur size besar – suhu bilik
  • 3 sudu besar yogurt putih rendah lemak (boleh guna yogurt vanila jika ada)
  • 1/2 cawan susu kotak (contoh – susu kotak dutch lady)
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar serbuk kopi instant
  • candy secukupnya (contoh – mars, snickers, cloud 9, hershey kisses)

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK MOCHA MUFFINS :

  1. Ayak tepung, baking powder, garam & serbuk koko. Ketepikan.
  2. Bancuh air panas & serbuk kopi. Pastikan agak sejuk sebelum digunakan.
  3. Satukan telur, minyak, susu, gula, yogurt & air kopi. Gaul hingga sebati.
  4. Masuk kan campuran tepung & gaul hanya sekadar cukup digaul. Jgn kacau berlebihan nanti muffins yg dihasilkan tak lembut.
  5. Isikan adunan kedalam mangkuk kertas hingga paras setengah, kemudian letak kan candy ditengah-tengah & tutupkan chocolate dengan adunan.
  6. Pastikan mangkuk kertas hanya diisi ke paras 3/4 sahaja.
  7. Bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit.

NOTA :
** Kanak-kanak pasti suka sebab ada chocolate/candy dalam muffin.
** Sekiranya menggunakan cloud 9, jgn gunakan yg wafer. gunakan yg bernougat tu. sedap!

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.24 ( 4 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.