Breaking News

Resepi Kek Mentega Marble

RESEPI KEK MENTEGA MARBLE
Oleh : Aqil Irfan Fadhilwaeda

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK MENTEGA MARBLE

  • 150g mentega
  • 150g gula
  • 160g tepung naik sendiri ( Atau 160g tepung gandum diayak bersama 1sudu besar baking powder)
  • 3 biji telur.
  • 3sudu besar susu sejat
  • Pewarna merah pakai sirap ros bg wangi dan pewarna hijau
  • 1 sudu esen vanilla

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK MENTEGA MARBLE

  1. pukul mentega dan gula sampai sebati dan lembut.  (saya pakai mentega cap pelangi sebab wangi dan sedap)
  2. Masuk kan 3 biji telur  sedikit demi sedikit. (pastikan telur tersebut telah dikacau terlebih dahulu sebelum dimasukkan)
  3. Kacau adunan sampai gebu dan lembut.
  4. Masukan separuh tepung dan susu sejat dan kacau adunan. ( Jangan Kacau terlalu lama )
  5. Masukan lagi separuh tepung dan kacau sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan dimasukkan esen vanila dan satu lagi dimasukkan sirap ros.
  7. Ambil sedikit dari adunan vanila dan letakkan pewarna hijau.
  8. Campur adunan berselang seli *ikut kretiviti.
  9. Bakar suhu 170 c selama 20-30 minit hingga masak.
    * cucuk pkai lidi.

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.43 ( 2 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.