Breaking News

Resepi Kek Kukus Pelangi montel

RESEPI KEK KUKUS PELANGI MONTEL
Oleh:Linn Malek

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK KUKUS PELANGI MONTEL

  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 125 ml minyak jagung

PERISA & PEWARNA UNTUK KEK KUKUS PELANGI MONTEL

  • oren sunquick/ pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes stoberi/perwarna merah/pink
  • perisa esen vanilla

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK KUKUS PELANGI MONTEL

  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya.
  2. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  3. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu.
  4. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  5. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 atau lbihwarna ikut suker -(disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya).
  6. 3 cawan diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, dan oren
  7. Kukus lapisan pertama terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  8. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan kedua,.. dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair.
  9. Dan disudahi dengan lapisan ketiga. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek).
  10. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  11. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong
  12. hias laa ikut sesukernye..

CATATAN : Untuk menghasilkan kek kukus pelangi montel ini anda boleh dapatkan loyang atau acuan khas, dan untuk icingnya anda boleh lihat resepi icing DISINI . Untuk loyang bagi menghasilkan kek kukus pelangi montel ini anda boleh dapatkan di SINI  [su_button url=”https://www.facebook.com/loyangdanacuan/photos/pb.226012907436606.-2207520000.1395049922./619319721439254/?type=3&theater” target=”blank” background=”#ef682d” icon=”icon: play”]TEMPAH Loyang & Acuan[/su_button]

KOD 5005 | LOYANG KEK & PUDING
UKURAN : 10 INCI
HARGA : RM 40.00 SEBIJI*
(Tidak Termasuk Kos Poslaju)
[su_button url=”https://www.facebook.com/loyangdanacuan/photos/pb.226012907436606.-2207520000.1395049922./619319721439254/?type=3&theater” target=”blank” background=”#ef682d” icon=”icon: play”]TEMPAH Loyang & Acuan[/su_button]

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.97 ( 8 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.