Breaking News

Resepi Kek Beurre Noisette Red Velvet Brownies

RESEPI KEK NOISETTE RED VELVET BROWNIES
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK NOISETTE RED VELVET BROWNIES

  • 1 1/4 cawan butter
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 4 biji telur size besar – suhu bilik
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 3 sudu besar susu penuh krim (contoh – susu kotak dutch lady)
  • 1 sudu besar cuka putih (cuka makan)
  • 2 1/4 cawan tepung gandum

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT KEK NOISETTE RED VELVET BROWNIES

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Campurkan susu & cuka makan. Kacau rata & ketepikan dahulu.
  3. Panaskan butter diatas api sederhana hingga butter mendidih & bertukar kepada warna kepada kecoklatan. Sentiasa dikacau & jaga jangan sampai butter hangus.
  4. Tuangkan butter kedalam bekas yg berisi serbuk koko & gula. Tak perlu tunggu butter sejuk. Gaul hingga sebati.
  5. Biarkan adunan agak sejuk sedikit & masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil kacau rata.
  6. Masuk kan campuran susu, pewarna merah & esen vanila. Gaul rata.
  7. Masuk kan tepung & gaul hingga sebati.
  8. Tuangkan kedalam acuan pembakar 9×13 yg telah dialas dengan kertas pembakar.
  9. Bakar antara 30 – 35 minit. Pastikan tidak terlebih bakar nanti brownies kering. Sebaiknya di cucuk dengan lidi untuk pastikan brownies dah masak & tidak kering.

NOTA:
** ‘beurre noisette’ ialah browned butter. sebutan nya be-nua-zet
** Saya tambahkan chocolate chips kedalam brownies & digaulkan selepas saya masuk kan tepung.
** Boleh hidangkan brownies dengan taburan gula icing diatasnya atau boleh
** Boleh dimakan dengan ice cream jika suka.

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.9 ( 1 votes)