Breaking News

Resepi Kari Hijau ayam ala Thai

RESEPI KARI HIJAU AYAM ALA THAI (7-8 orang makan)
Oleh : Tahrunnisah Jali

BAHAN-BAHAN :

  • *1/2 – 3/4 ekor ayam dipotong kecil

BAHAN UNTUK KISAR

  • 2 biji bawang besar (sederhana je saiz)**
  • 3 ulas bawang putih**
  • sedikit halia**
  • sedikit lengkuas**
  • 4-5 lada hijau kalaul nak pedas sikit tambah beberapa cili api (hijau) **
  • sedikit belacan **
  • 1/2 cawan daun selasih** /kemangi
  • 1/2 cawan daun ketumbar** (yang ni takde kat dlm peti so tak taruk)
  • sedikit kunyit hidup lbh kurang 1/2 inci**
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 sudu besar sos ikan
  • santan pekat dr sebiji kelapa @ agak2 la nanti ia tak cair sangat dan tak terlalu pekat
  • air secukupnya
  • daun limau purut beberapa helai
  • sebiji lada benggala
  • tomato hijau
  • terung hijau kalau takde isila apa2 kesukaan kita …
  • sedikit perahan limau nipis/lemon

BAHAN UNTUK TUMBUK HALUS(kalau tak nak tumbuk beli je serbuk)**

  • 1 sudu kecik ketumbar
  • 1 sudu kecik jintan manis
  • 1/2 sudu kecik lada putih

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. kisar bahan bertanda ** yang di atas tu..
  2. Tumiskan bahan bertanda **, serai yang diketuk, sos ikan, daun limau purut dengan 1/2 cawan minyak  ( tumis sampai naik bau dan pecah minyak ye)
  3. kemudian masukkan ayam yang dicuci bersih dan dipotong (masukkan sedikit daun selasih ramas2 kan daun tu)
  4. Tambah sedikit air & kacau biar semua sebati.
  5. Tutup sebentar & buka api sederhana. Kemudian masukkan santan
  6. Tunggu sehingga ayam masak dan empuk
  7. Kemudian masukkan lada benggala yang dibelah memanjang, tomato hijau, daun limau purut yang dikoyak-koyakkan terung hijau (sehingga sedikit layu)
  8. Tambah garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto dan perah sikit limau nipis /lemon
  9. Siap!! Tutup api

Resepi-Kari-Hijau-ayam-ala-Thai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.