Breaking News

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT IKAN SIAKAP MASAK PEDAS

  • 1kg ikan siakap ( saya guna 2 ekor ikan berat 1kg)
  • Gaul kunyit, garam & sedikit tepung jagung.
  • kemudian goreng ikan hingga garing & toskan

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH 

  • 4 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*(* dikisar)
  • 1inci halia
  • 4 sudu makan cili kering kisar(dlm 5-10 tangkai cili kering)
  • 2 sudu makan cili giling jenama Puteri
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • Sedikit air asam jawa/limau nipis
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air – ikut kuah nak banyak mana

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT IKAN SIAKAP MASAK PEDAS

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis, cili padi & serai goreng hingga naik bau.
  2. kemudian masuk cili kering kisar, cili giling, sos cili & sos tomato.
  3. kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masuk air asam jawa & air, bula kelihatan agak pekat boleh masukan bawang hirisan & garam.
  5. Hidangkan dengan ikan yang goreng tadi dengan curahkan kuah diatas nya

CATATAN :  Boleh masukan Mix vege juga & kuahnya saya buat jenis banyak. Jika tidak suka kuah, boleh kurangkan bahan nya.

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.05 ( 1 votes)