Breaking News

Resepi Donut Coklat & Glazed Creamy

RESEPI DONUT COKLAT & GLAZED CREAMY
Oleh :Shahida Kamal Shah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DONUT COKLAT & GLAZED CREAMY
Bahan doh :

  • 500 gram tepung gandum
  • 11 gram yis mauripan
  • 1 sudu teh shortening (lemak sayuran)
  • 50 gram majerin/mentega
  • 2 sudu teh susu pekat/2 sudu teh susu tepung
  • 2 sudu teh gula pasir
  • 1 biji telur (dipukul ringan)
  • setengah sudu kecil garam
  • 200ml air suam

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. sediakan bekas besar , masukkan air suam , yis , gula , shortening ,susu dan majerin.Kacau sebentar.Kemudian biarkan selama 10 minit.
  2. Apabila yis sudah berbuih, ayakkan separuh tepung kedalam bekas tadi.Masukkan telur dan garam.
  3. kacau adunan hingga sebati dengan menggunakan sudu.Kacau adunan dengan satu arah.
  4. Apabila sudah sebati ayak lagi tepung selebihnya dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  5. Canaikan doh setebal 1/2 inci dan bentukkan doh mengikut acuan.
  6. Apabila donut telah dibentukkan , tutup donut dengan kain lembab.Biarkan selama 30 minit.
  7. Panaskan minyak dengan suhu yang bersesuaian dan goreng dalam kuantiti sedikit kerana donut akan mengembang.

Bahan-bahan topping coklat

  • 200 gram coklat masakan
  • 6 sudu teh air panas

Cara penyediaan :

  1. campurkan kedua-dua bahan dan gunakan teknik ‘doubler boiler’ hingga coklat cair.

Bahan topping creamer

  • 1 cawan gula aising
  • 1/2 sudu majerin/mentega
  • 3 sudu teh air panas (tambah jika perlu)

Cara penyediaan :

  1. Campurkan gula aising dan majerin. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air panas secara berperingkat dan gaul sebati
  3. toppingkan donut mengikut citarasa.Hiaskan donut

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: Be the first one !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.