RESEPI DONUT AISKRIM OREO INI BOLEH BUAT ANDA MENANGIS…!
Pernahkah anda makan donut aiskrim? Cara mahu buatnya cukup mudah dan dia punya rasa pun memanglah sangat sedap.
Ini resipi yang kami terfikir bila terpandang donut kosong yang anda biasa tengok dijual di gerai-gerai makcik pada waktu pagi dan juga petang.
Okay, mari kami kongsikan antara bahan-bahan yang anda perlukan:-
+ Donut Kosong ataupun Donut Yang Anda Beli di mana-mana outlet donut pun boleh
+ Aiskrim – boleh gunakan perisa apa yang anda suka
+ 6 keping Oreo (atau lebih)
+ Blender
+ Scoop Aiskrim (mahu guna sudu pun boleh)
+ Pisau
Langkah pertama untuk memudahkan anda menyediakan resipi ini ialah kisar dahulu Oreo sehingga hancur. Mahu patah-patahkan saja pun boleh.
Resepi Donut Aiskrim Oreo Ini Boleh Buat Anda Menangis…!
Kemudian potong donut anda sehingga menjadi dua bahagian.
Hati-hati potong ya, risau pisau tajam sangat
Rasa dulu aiskrim kalau sudah tidak tahan sangat
Letak aiskrim sebanyak dua scoop (atau lebih) atas donut yang sudah dipotong tadi
Tambah selagi boleh
Taburkan Oreo yang sudah dihancurkan tadi di atas aiskrim sebanyak mana yang anda suka.
Tutup donut tadi dengan satu bahagian lagi dan tekan sehingga penyek.
Lagi penyek, lagi sedap
Angkat donut aiskrim anda dan layan! Mahu tengok meleleh macam mana aiskrim donut ini, boleh tengok video di atas.
Jujurnya kami tidak galakkan sangat anda makan donut aiskrim ini terlalu kerap nanti takut jadi terlebih comel dan manis sehingga boleh potong kaki.
Sesuai untuk dibuat bersama anak-anak, rakan-rakan mahu pun bersama yang tersayang. Memang resepi ini simple sahaja, tapi memori daripada perkara yang simple itu adalah sesuatu yang lebih bermakna.