Breaking News

Resepi Cream Cheese Pound Cake

RESEPI CREAM CHEESE POUND CAKE
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CREAM CHEESE POUND CAKE

  • 125g cream cheese – suhu bilik
  • 3/4 cawan butter – suhu bilik
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur size besar – suhu bilik
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT CREAM CHEESE POUND CAKE

  1. Minyak & tepung kan acuan pembakar size 6 inci. Ketepikan.
  2. Ayak tepung 2 kali. Ketepikan.
  3. Pukul butter & cream cheese hingga sebati.
  4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sambil pukul pada had laju maximum hingga adunan kembang.
  5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga betul-betul kembang.
  6. Masuk kan kesemua tepung & esen vanila, gaul rata.
  7. Tuangkan kedalam acuan & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam 20 minit atau gunakan lidi untuk pastikan cake masak.

** Traditional cake pound memang tidak menggunakan baking powder. Bahan penaik asli ialah hasil dari telur yg dipukul hingga kembang.
** Sekiranya anda ingin juga menggunakan baking powder, bubuh hanya 1 sudu kecil sahaja.

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.28 ( 8 votes)