Breaking News

Resepi Brownies Coklat Cheese Nutella

RESEPI BROWNIES COKLAT CHEESE NUTELLA
Oleh :Marina Omar

Dalam menghasilkan Brownies Coklat Cheese Nutella ini, terdapat 3 langkah yang perlu anda sediakan untuk bahan-bahannya. 3 bahan tersebut adalah untuk membuat Brownies, Cheese Cake dan Topping, Ia tidak lah rumit malah jika anda ikuti langkah demi langkah Insya ALLAH akan menjadi Brownies Coklat Cheese Nutella yang lazat dan menyelerakan. Jom cuba resepi Brownies Coklat Cheese Nutella yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat BukuResepi iaitu Marina Omar.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BROWNIES COKLAT CHEESE NUTELLA


BAHAN UNTUK BROWNIES

  • 1 cawan mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 1 cawan cocoa powder
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan roasted badam / hazelnut

BAHAN UNTUK CHEESE CAKE

  • 125g Cream cheese
  • 60 g mentega
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung
  • 1camca jus lemon
  • 1/4 cawan susu segar

BAHAN UNTUK TOPPING

  • 1 cawan roasted badam / hazelnut
  • 1 botol kecil nutella
  • coklat cair

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BROWNIES

  1. pukul mentega + gula hingga kembang,
  2. masukkan telur, garam + baking powder, pukul rata
  3. masukkn cocoa dan tepung, gaul rata, masukkan badam gaul sekejap-sekejap sahaja menggunakan spatula
  4. griskan loyang 8×8, alas kertas dan bakar 40 minit, 180 darjah celcius/ shgga masak

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT CHEESE CAKE

  1. pukul Cream cheese + butter + gula halus sehingga kembang
  2. kemudian telur satu persatu
  3. masukkan tepung + jus lemon dan susu segar
  4. guna kaedah double boil utk bakar,loyang 8×8, suhu 160 darjah celcius,
  5. smpai masak*

NOTA : *untuk pastikan samasa masak atau tidak anda boleh cucuk lidi pada cheese cake jika tidak melekat pada lidi itu tandanya ia dah masak
PERHATIAN :bakar cheesecake & brownies berasingan

PENYEDIAAN BROWNIES COKLAT CHEESE NUTELLA

  1. lepas sejuk keluarkan brownies & cheesecake dari loyang
  2. sapu nutella atas brownies, letakkan lapisan cheesecake atasnya
  3. sapukan lagi nutella atas cheesecake, tabur kacang & coklat chip
  4. lukiskan lagi dengan coklat cair melintang2 utk hiasan

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.28 ( 6 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.