Breaking News

Resepi Blueberry Japanese Cheese Cake

RESEPI BLUEBERRY JAPANESE CHEESE CAKE
Oleh :Marina Omar

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BLUEBERRY JAPANESE CHEESE CAKE


Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • secubit garam
  • 60g tepung gandum / superfine
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 20g tepung jagung

Bahan B:

  • 140g gula halus
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon

Bahan hiasan (optional):

  • blueberry filling
  • strawberry , kiwi
  • fresh cream (boleh beli yg siap di supermarket)

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BLUEBERRY JAPANESE CHEESE CAKE

CARA BUAT BAGI BAHAN A :

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler.Kacau dengan whisk sampai cair dan sejukkan
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (Gaul guna senduk kayu saja)

CARA BUAT BAGI BAHAN B :

  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih-buih. Selepas itu tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk.
  2. Campurkan adunan bahan A tadi ke dalam adunan bahan B yang sudah gebu dan kacau sampai sebati.
  3. Sediakan tin/ bekas kek yang bulat berukuran 9 inci, yang digriskan bawahnya dan di alas dengan kertas baking.
  4. Tuang adunan kek ke dalam tin kek.
  5. Bakar kek kira-kira 1 jam dengan cara bain-marie (water bath) pada suhu 160 darjah celcius/ 325 degrees F.
    Water Bath: Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yang berisi air panas.
  6. Bakar hingga masak, test guna lidi. Kalau tiada / sikit yg melekat pada lidi, dah masak.
  7. Tutupkan suiz oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tidak mendap @ turun mendadak.Sisip tepi kek dan terbalikkan.
  8. Lepas kek sejuk, boleh lepakan blueberry filling. Picitkan fresh cream (yg putih) dan hias ikut suka.

 
 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 4.05 ( 2 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.