Resepi Ayam Percik

Pinterest LinkedIn Tumblr +

RESEPI AYAM PERCIK
Oleh : Tahrunnisah Jali
BAHAN-BAHAN :

  • ayam seekor potong 4 @6 atau terpulang saiz
  • 2 biji bawang besar **
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1/2- 1 inci halia** agak2 la ye
  • 1/2 – 1 inci lengkuas** agak2 la ye
  • 3 batang serai dititik
  • 1/2- 1 inci kunyit hidup ** agak2 la ye
  • 15-25 tangkai lada kering yang direbus ** ikut kepedasan masing2 ye
  • 1 sudu kecik halba
  • 1- 1 1/2 inci belacan – belacan ni pun bergantung ada yang kuat baunya dan tidak
  • 400ml santan pekat /2 cawan santan pekat
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 1/2 – 2 sudu besar gula
  • sedikit garam

NOTA : nak tau cili kering ni pedas atau tidak dgn lihat kulit lada kalau kerinting kurang pedas berbanding dgn lada yang licin kulitnya.

Resepi-Ayam-Percik-2

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. kisar bahan2 bertanda **
  2. Panaskan periuk dengan 5 sudu besar minyak & masukkan bahan2 bertanda **
  3. Tumis sehingga naik bau masukkan serai yang dititik, belacan, halba. Masak hingga ia pecah minyak ( selagi tak pecah selagi tu kacau ye)
  4. masukkan ayam, kacau-kacau dan  tutup sekejap dgn penutup (supaya air ayam tidak keluar) dan Buka sekali lagi dan kacau lagi
  5. Kemudian masukkan santan pekat tadi,kacau dan tutup dgn tudung
  6. Kemudian kacau-kacau ayam percik sehingga kuah pekat.
  7. Ambil ayam tadi yang dah masak dan bakar smula (samada dlm oven, atau alat pemanggang, atau bakar atas dpur)
  8. Bakar sambil ambil sikit minyak dan kuah tu letak atas ayam yang sedang dibakar (Bakar sekejap sudah memadai, sekadar untuk garingkan bahagian luar dan menambah kesedapan ayam tersebut )
  9. letak atas pinggan letak ayam dan tuang kuah pekat tadi.

Resepi-Ayam-Percik-1

 

NYATAKAN UNDIAN ANDA UNTUK RESEPI INI

10%
10%
JUMLAH UNDIAN
  • User Ratings (13 Votes)
    6.1
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.