RESEPI APAM TEPUNG BERAS
Oleh : Love Raf
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT APAM TEPUNG BERAS
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 1/4 cawan air
- 1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan aje)
- 2 cawan tepung beras (cap teratai)
- 1 sudu kecik yis kering (brand mauripan) jgn guna brand lain esp cap Kijang, nnti kuih apam ni padat wlpun mekar tersenyum.
- 1 paket kecik eno (biru)
- sedikit pewarna
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT APAM TEPUNG BERAS
- blend air, gula dan nasi hingga hancur sebati. kemudian masukan yis dan tepung beras, blend lagi hingga sebati.
- kemudian masukkan bahan yang dh siap blend tu ke dalam bekas yg bertutup rapat (biar besar sikit yer nnti adunan akn naik)
- biarkan selama 3-4 jam (letak diluar je, x perlu masuk dalm peti sejuk) (saya selalu wat 3jam atau 4jam jer..)
- selepas dah perap tu, kacau adunan perlahan-lahan.
- bila dah sebati rata tu (sebab mase kite bukak adunan tu akan berbuih) msukkan sepeket eno dan kacau rata lagi.
- adunan akn naik, mase ni korang dah berangan kuih apam ni pasti akan menjadi.
- selepas tu msuk kan sedikit pewarna faveret korang. klu nk lbih dr 1 warna bahagikn adunan tu slps letak eno tau. bru bahagi kan dan letak pewarna…
- smentra tu panaskan kukus dan sapukan minyak sedikit di sekeliling acuan comel2 tu.
- biarkan acuan tu panas dulu baru msuk kan adunan apam ni.. jgn letak penuh2, letak 3/4 jer ke dalam acuan comel2 tu.
- penutup kukus tu msti balut gn kain ye supaya air x menitik ke atas kuih apam ni. tunggu hingga 15 minit, kuih apam anda akn tersenyum mekar cntik dlm kukus tu..
# pastikan korang folo sebijik2 bhn2 ni.. insyaAllah msti jadik..
selamat mencuba.
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI
Review Overview
UNDI RESEPI INI
Berikan Undi Untuk Resepi Ini