Breaking News

Resepi Apam Polkadot

Resepi Apam Polkadot
Oleh : Seharum Kasturi

BAHAN-BAHAN:

  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus @ gula kastor
  • 150 ml susu segar atau susu cair (sejuk)
  • 3 sudu teh baking powder (ayak skali dgn tepung gandum)
  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovelette
  • 1 sudu esen vanilla
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.
  • Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan. ( sebaiknya guna yang ‘oil base’)


CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
  2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
  3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.66 ( 29 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.