Breaking News

Red Velvet Cupcake & Cream Cheese Frosting

RED VELVET CUPCAKE & CREAM CHEESE FROSTING
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ¼ cawan tepung serba guna
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil  Baking Powder
  • ½ sudu kecil Baking Soda
  • ¼ sudu kecil Garam
  • ¼ cawan mentega (tanpa garam), lembut pada suhu bilik
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan Buttermilk
  • 1 telur
  • 1 sudu kecil Vanilla Extract
  • Pewarna merah utk makanan

BAHAN UNTUK ICING/FROSTING :

  • 2  cawan gula icing
  • 4 oz Cream Cheese, suhu bilik
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam, lembut pada suhu bilik
  • 1 sudu besar susu segar
  • 1 sudu teh Vanilla Extract

Cara-caranya

  1. Panaskan oven ke 350 degrees. Masukkan cawan cupcake dalam acuan muffin.
  2. Di dalam mangkuk kecil, campurkan kelima-lima bahan-bahan paling atas  (tepung serba guna, serbuk koko, Baking Powder, Baking Soda, Garam) dan ketepikan.
  3.  Putar gula dan mentega di dalam mangkuk lain menggunakan mixer sehingga gebu.  Masukkan telur dan vanilla dan campurkan sehingga sekata dan berkrim.
  4. Dengan menggunakan mixer perlahan, masukkan separuh bahan kering dan separuh buttermilk, pastikan digaul rata.  Lepas tu, masukkan bahan kering yg selebihnya dan buttermilk sehingga adunan rata, tapi jangan terlebih pukul.  Guna spatula untuk memastikan adunan di bawah & tepi mangkuk dicampur rata.  Masukkan pewarna merah mengikut citarasa anda.
  5. Dengan menggunak scoop icecream, masukkan adunan dalam loyang dan bakar 18-22 minit atau apabila dicucuk dengan pencungkil gigi, ianya bersih.  Biarkan sejuk.
  6. Untuk membuat icing, masukkan semua bahan icing dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga rata dan pekat.  Hiaskan cupcake anda.
  7. Biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 10-15 minutes agar icing tersebut keras sedikit.


NOTA : Untuk Tips buat cupcake KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.