Breaking News

Red Velvet Cranberries Cake & Chocolate Ganache

Kek ni lembut & gebu. Kombinasi antara cranberries, cake & chocolate ganache sangat sesuai. Biasa makan red velvet dgn cream cheese, kali ni tukar selera pulak.

Red Velvet Cranberries Cake & Chocolate Ganache
oleh:Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN :

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 1/4 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan butter – suhu bilik
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu segar – suhu bilik
  • 1 sudu besar cuka putih (cuka makan)
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kopi segera pewarna merah secukupnya (ikut suka)
  • 2/3 cawan cranberries kering

BAHAN-BAHAN GANACHE :

  • 300g chocolate semi sweet – dicincang
  • 1 1/4 cawan dairy whipping cream
  • 1/2 sudu kecil esen vanila secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan cawan susu segar & cuka putih. Gaul rata & biarkan selama 15 minit sebelum digunakan. (Ini adalah proses membuat buttermilk)
  2. Satukan air panas & serbuk kopi. Bancuh hingga kopi larut.
  3. Ayak tepung bersama baking powder & serbuk koko, garam.
  4. Pukul gula & butter hingga kembang.
  5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil pukul supaya tidak bergentel.
  6. Masuk kan setengah tepung. Gaul rata.
  7. Masuk kan esen vanila, air kopi, buttermilk. Gaul hingga sebati. 8. Masuk kan baki tepung & cranberries, gaul rata. (Jgn terlebih gaul, cukup sekadar bercampur rata).
  8. Tuang adunan kedalam acuan & bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 35 – 45 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  9. Bila kek dah sejuk, panaskan whipping cream hingga mendidih kecil ditepi-tepi periuk. Matikan api & masuk kan chocolate. Biarkan diam tanpa dikacau selama 1 minit.
  10. Masuk kan esen vanila, garam & gaul rata.
  11. Tuang keatas kek apabila ganache sudah agak sejuk, bergantung pada kepekatan yg anda inginkan. Lebih sejuk, lebih pekat.

Dapatkan tepung Black Velvet With White Chocolate  boleh KLIK SINI

20150225_161112

MAKLUMAN :
STOK UNTUK TEPUNG BLACK VELVET INI TERHAD UNTUK 100 PAKET BUAT MASA SEKARANG
BUAT TEMPAHAN SEBELUM KEHABISAN STOK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.