Breaking News

Pulut Udang Panggang

Pulut Udang Panggang

BAHAN-BAHAN :

Bahan A- Untuk Doh

  • 500 gm beras pulut – direndam selama 2 jam
  • 25O ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 sudu teh garam

Bahan B-Inti

  • 90 gm cili kering
  • 9 ulas bawang merah – dihiris
  • 6 ulas bawang putih – dihiris
  • 70 gm udang kering
  • 2 batang serai- dihiris
  • 2 sm halia- dihiris
  • 1 sm lengkuas- dihiris
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kg kelapa parut putih
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN BUNGKUS

  • Daun Pisang

Cara menyediakan Pulut Udang Panggang Special

  1. Untuk membuat doh, larutkan santan pekat bersama air dan garam.
  2. Ambil beras pulut yang direndam selama 2 jam dan ditos airnya.
  3. Kemudian gaul bersama santan dan kacau sebati. Kukus pulut selama 30 minit dan biarkan sejuk.
  4. Untuk membuat inti pula, kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, udang kering, serai, halia dan lengkuas hingga halus.
  5. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Masukkan pula bahan-bahan lain. Kacau sebati dan biarkan sejuk.
  6. Kemudian, ambil pulut yang dikukus tadi dan letakkan intinya dan bungkus kemas. Bakar hingga masak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.