Oreo Caramel Cupcakes
oleh:Noor Abdul Rahim
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
- 85g butter
- 2/3 cawan brown sugar
- 1 sudu besar air
- secubit garam
- 70ml susu cair
- 1/2 sudu kecil esen vanila
CARA-CARA MEMBUAT CARAMEL :
- Didihkan butter, brown sugar, air & garam selama 8 minit. Sentiasa dikacau supaya tak hangus.
- Setelah 8 minit, matikan api. Tuang susu cair & esen vanila perlahan-lahan supaya tak merecik.
- Biarkan sejuk sebelum disimpan didalam peti sejuk selama 4 jam. Ia akan jadi seperti paste pekat.
BAHAN-BAHAN CUPCAKES :
- 1/2 cawan butter asli – suhu bilik (125g)
- 1/2 cawan gula kaster
- secubit garam
- 2 biji telur saiz besar – suhu bilik
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 115ml susu segar (susu kotak)
- 1/4 cawan serbuk koko
- biskut Oreo secukupnya
CARA-CARA PENYEDIAAN :
- Ayak tepung, baking powder & serbuk koko. Ketepikan.
- Pukul butter, gula & garam hingga kembang.
- Masuk kan esen vanila & telur satu persatu sambil pukul ligat supaya tidak bergentel.
- Masuk kan campuran tepung & gaul rata.
- Masuk kan susu, gaul rata.
- Susun papercup di dalam muffin pan kemudian letak sesudu adunan kedalam papercup.
- Letak sekeping biskut Oreo didalam setiap papercup. Tekan biskut supaya adunan rata di bahagian base.
- Letak sesudu setengah lagi adunan kemudian sesudu caramel diatasnya.
- Bubuh adunan hingga menutup semua – paras 2/3 sahaja (jgn isi penuh nanti tumpah ketika dibakar).
Adunan —> Oreo —> adunan —> caramel —> adunan
- Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 18 – 20 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.