RESEPI ONDE-ONDE
Oleh: Hani Kak Nani
BAHAN-BAHAN:
- 250g (2 cawan) tepung pulut
- Air pandan secukupnya
- 1sk air kapur
- 1keping nisan @ gula melaka (didadu kecil)
- Kelapa parut putih yg telah dikukus (utk menggaul onde-onde)
- Secubit garam
- 2 liter air (utk masak onde-onde)
CARA-CARA MENYEDIAKAN :
- Didihkan air terlebih dahulu. Sementara itu, sediakan doh onde-onde.
- Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk dan bubuh air daun pandan bersama air kapur tadi. Uli sehingga menjadi doh.
- Kemudian, perasakan kelapa parut putih yg telah dikukus terlebih dahulu dgn secubit garam. Ketepikan.
- Setelah air mendidih, bulat-bulatkan doh, masukkan inti gula melaka, dan bulatkan kembali. Masukkan kuih tadi ke dalam air yg mendidih.
- Setelah kuih mula terapung lebih kurang 3-5 minit, bolehlah angkat kuih tadi menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam pinggan yg berisi kelapa parut putih.
- Gaulkan sehingga bebola kuih tadi menjadi sekata dan masukkan ke dalam mangkuk berasingan. Bulat-bulatkan kuih sehingga doh habis.
- Setelah semua selesai, kuih buah mulong tadi bolehlah dihidangkan sementara tunggu waktu berbuka..
TIPS BERGUNA:
- Jika ingin sediakan kuih buah melaka style nyonya, bolehlah menggantikan air pandan dengan air bunga telang yg berwarna biru.
- JIka inginkan kuih onde-onde ini tidak berwarna, bolehlah hanya menggunakan air putih sahaja.