Breaking News

Nutella Oreo Moist Cake

Nutella Oreo Moist Cake
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN : (Loyang 5×6)

  • 6 Biji Telur (Grade A)
  • 1 Cup Tepung Kek
  • 1 Cup Gula Halus
  • 1 Cup Horlicks
  • 300gm Kaya
  • 250gm Butter
  • 137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dgn Inti sekali)
  • ½ Sudu Teh Baking Powder
  • ½ Sudu Teh Soda bikarnonat
  • 1 Botol 200gm Nutella

CARA-CARANYA :

  1. Pukul Butter dengan gula hingga gebu.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu,putar hingga kembang.
  3. Masukkan pula Tepung Kek,Horlicks,Baking Powder dan Soda Bikarbonat.
  4. Putar perlahan sehingga sebati.
  5. Masukkan Kaya.Putar sekejap biar rata.
  6. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.
  7. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper & sedikit mentega.
  8. Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15minit (Bergantung pada oven masing2)
  9. Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 Bahagian:
  10. 1 bahagian dibiarkan kosong (Asal)
  11. 1 bahagian dicampurkan dengan Nutella
  12. Setelah adunan Oreo tadi masak,tuangkan pula adunan asal.
  13. Bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.
  14. Begitu juga dengan adunan Nutella, bakar sehingga masak.

NOTA : Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa

Nutella-Oreo-Moist-Cake

2 comments

  1. Tahniah.
    Resepi yang terdapat di sini sangat menarik. Semoga Allah swt memberkati usaha murni ini.

  2. Rafidah bt Zaini

    Nak banyak lagi resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.