Breaking News

Nekbat

RESEPI NEKBAT
Oleh: Nur jannah

Kebiasaan Nekbat ini senang diperolehi dipasar-pasar sewaktu bulan Ramadhan. Jika anda telah dapatkan nekbat, anda hanya perlu siapkan air sira sahaja dan dapat jimatkan masa. Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.

— Jom Cuba Resepinya Dibawah —

Bahan-Bahan Nekbat:

  • 500gm tepung beras
  • 12 biji telur ayam
  • 1 sudu teh pewarna oren (serbuk) – jika suka

Bahan-Bahan Sira :

  • 500ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara membuat sira nekbat :

  1. Panaskan acuan baulu yang telah disapu dengan minyak selama 5 minit
  2. Tepung beras di sangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan kering.
  3. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudia masukkan pewarna dan tepung.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.
  5. Masak air dan gula sehingga mendidih.
  6. Masukkan daun pandan, cengkih dan neekbat.
  7. Masak sehingga 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup.
  8. Kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat.
  9. Angkat dan siap dihidangkan.

nekbat

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.