Breaking News

Moist Choc Cake In Jar

Moist Choc Cake In Jar

Oleh:Nur Aliya Azura
BAHAN-BAHANNYA :

Bahan A :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 3/4 cawan gula
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda

(Satukan semua bahan ke dalam bekas yg agak bsr dan ketepikan)

Bahan B:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan air panas
  • 2 biji telur gred A

(Satukan semua bahan B)

CARA-CARANYA :

  1. Masukkan bahan B ke dlm bahan A dan Gaul smpi sebati..
  2. Masukkan ke dlm loyang saiz 7@8 inci (Sapu minyak di permukaan loyang ye)
  3. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak..Bancuhan ini boleh juga dikukus..

RESEPI KRIM COKLAT

BAHAN-BAHANNYA :

  • 40 gram coklat masakan
  • 300gram susu segar
  • 40gram gula
  • 30gram tepung jagung
  • 12 gram mentega
  • 18 gram serbuk koko

CARA-CARANYA :

  1. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dlm periuk.Kacau smpi tepung jagung tak berketul
  2. Masukkan pula gula dan coklat td.Masak dgn api sederhana sehingga berkilat.
  3. Bila dah berkilat,pdmkan api,masukkan mentega kacau hingga sebati..

Cara nak masukkan kek ke dalam balang :

  1. Ambil botol kecil2 dan comel yg kering dan bersih
  2. Ceduk@sudukan keluar separuh drpd kek ke dlm botol tersebut,pecah2 sikit tak pe..
  3. Atas lapisan pertama blhlah dilapiskan dgn krim coklat td atau apa2 saja jnis krim..xde masalah..
  4. Ulang proses yg sama seperti langkah pertama td..
  5. Akhir sekali ats lapisan akhir setelah dilapis dgn krim bolehlah dihias dgn coklat rice..

TIPS & NOTA :

  • setiap layer terpulang pd anda nak letak filling ape…janji sedap..
  • Semasa nak masukkan krim tu elok digunakan piping bag bg memudahkan kerja…
  • Moist Cake in Jar ini sesuai dijadikan doorgift birthday,perkahwinan,bertunang dan sebagainya..

cake moist in jar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.