Kisah Peniaga Roti John Terbongkar
===========================
Petang semalam seorang sahabat saya datang beraya di rumah. seperti biasa lama tak jumpa banyaklah cerita yang kami bualkan. Saudara saya adalah seorang peniaga roti john di KL. Sudah lama dia berniaga, berbelas tahun. Dia berniaga di pasar malam dan pasar tani di sekitar kuala lumpur.
Saya korek cerita kejayaan nya. Dia adalah seorang pelajar yang cemerlang semasa sekolah dulu tetapi disebabkan kemampuan ibu bapanya yang terbatas dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk masuk universiti. Kami sebaya dan sama bermain masa kecil dulu.
Lepas SPM, dia merantau ke ibu kota dengan bekerja kilang disana. Akhirnya dia berniaga sendiri dipasar malam. Banyak produk yang dia sudah cuba dan pelbagai cara berniaga di ibu kota. Walapun setahun sekali berjumpa saya akan pastikan saya update perkembangan dia setiap tahun.
Sahabat saya ini bukan calang orangnya, dia punya wawasan untuk berjaya dalam bisnes. Dia seorang yang kuat bekerja. Saya tanyakan berapa dia dapat sebulan dengan berniaga di pasar malam. Dia sangat serious dalam bisnesnya.
==============
Percayakah anda ?
==============
Dengan menjual roti john sahaja dia menjual RM25 ribu sebulan. Ianya benar. keuntungan kasar bagi roti john adalah 40% bermakna dia akan dapat lebih kurang RM10,000 sebulan. Tetapi itu kalau seorang dan berniaga untuk 4 hari seminggu. Bagaimana kalau dia mengupah orang yang menjaganya dan mempunyai 5 tapak berbeza? mungkin anda boleh mengiranya sendiri.
Saya tanyakan mengapa ramai peniaga pasar malam gagal dan tidak mendapat income yang setimpal,dia menjawab dengan ikhlas , antara sebabnya :
- Ramai peniaga menjadikan perniagaan pasar malam sebagai part time dan tidak bersungguh-sungguh. mereka nak buka mereka buka, bila mereka nak tutup mereka malas bekerja.
- Ramai yang anggap menjaja dan berjual di pasar malam adalah kerja yang tak setimpal. kerja yang tidak punya masa depan.
- Berniaga makanan paling mudah, orang Malaysia tidak berkira membeli makanan yang murah.
- Jati diri sebagai peniaga tak ada pada ramai peniaga. ramai orang menjadikan berniaga sebagai pilihan paling akhir selepas mereka tak dapat kerja.
- Mereka tidak tekun berusaha
- Mereka tidak berniaga dengan bersistem.
- Faham bisnes, suka duka dalam berniaga. ramai yang berniaga nak senang je..yang susahnya tak nak hadapi sendiri.
- Berniaga dari kecil, asal ada kemahuan pasti ada jalan. Dulu dia mula-mula berniaga roti john guna motor je. Ramai orang berniaga tak sabar nak kaya cepat.
Dia bercerita lagi. Lebih ramai kawan-kawan pasar malam nya yang kaya raya. lebih kaya adalah mereka yang sanggup bersusah payah. Kekadang mereka yang sanggup bersusah bukan lah orang tempatan. Mereka sebenarnya pendatang asalnya dan datang berniaga di Malaysia. Mereka buat duit dan kaya raya.
Saya mendengarnya. Saya faham bukan mudah seperti yang saya ceritakan dan tentunya punya masalah. Saya juga faham jika anda tak mahu susah memang anda tidak akan berubah dengan apa yang anda perolehi sekarang.
=======================================
Nasihat kepada usahawan dari seorang usahawan
=======================================
- Nak pilih bisnes kena kira untungnya dulu bukan bisnesnya. Jangan main ikut-ikut orang je.
- Lebih baik bermula dari kecil. Nak buka bisnes baru mudah tapi nak jaga bisnes supaya terus berkembang yang susah.
- Mula kerja 18 jam sehari untuk permulaan bisnes
- Jangan harapkan sangat kat orang lain yang majukan bisnes anda
- Kerja anda adalah menjual..menjual dan menjual.
- Jangan takut nak mencuba
- Jangan tamak dengan peluang di depan mata.
- Jangan berhutang untuk permulaan bisnes
- Baca dan jumpa orang, belajar seni berniaga. Belajar seni kehidupan seorang peniaga.
- Tukar impian anda menjadi seorang peniaga yang kaya dan berjaya
- jangan menyesal dengan apa keputusan yang telah di buat. perbetulkan satu persatu.
Kredit To : coach bahar