Breaking News

Kerapu Goreng Nyonya

KERAPU GORENG NYONYA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan kerapu – dibelah tepi
  • 1 biji telur – diambil bahagian kuning telur sahaja.
  • 5 sudu besar tepung jagung.

Bahan- bahan sos :

  • 10 ulas cili merah
  • 5 ulas cili padi
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos cili thai
  • 3 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 ulas lengkuas
  • 2 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih

Bahan-bahan sayur :

  • 1 biji terung panjang – dipotong jalur
  • 1 biji cili merah – dipotong besar

Cara membuat:

  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam, kuning telur dan jagung. Kemudian, digoreng sehingga garing.
  2. Kisar semua bahan-bahan sos dan tumiskan dengan minyak. Lalu, masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
  3. Sementara itu, sayur digoreng dalam minyak yang sedikit.
  4. Letakkan ikan ke dalam kuah sos dan sayur di atas ikan.
  5. Sedia untuk dihidang

KERAPU GORENG NYONYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.